Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi kandar dan roti canai naik harga sehingga 50 sen

 


Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan.

Pengusaha restoran mamak yang bero­pe­rasi di Lembah Klang terpaksa menaik­kan harga makanan dan minuman pada kadar 20 sen hingga 50 sen sejak awal bulan ini bagi menampung kos bahan mentah yang naik mendadak. 

Keputusan itu dibuat bagi memastikan restoran-restoran ber­kenaan masih boleh meneruskan operasi seperti biasa, sekali pun purata keuntungan yang diraih mereka sangat kecil jika diban­dingkan sebelum ini. 

Biarpun terdapat pengusaha restoran mengambil langkah mengekalkan harga makanan dan minuman, namun restoran makanan popular, Restoran Hakim mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung kenaikan kos bahan mentah ketika ini.


Pengarah Urusannya, Datuk Hakimsa Abdul Karim berkata, ketika ini, harga jualan nasi kandar bersama seketul ayam dan sayur adalah kekal RM6.70 bagi semua rangkaian restoran tersebut.



Menurut Hakimsa, pihaknya masih memperoleh untung, namun sedikit disebabkan berlakukan kenaikan harga bahan mentah seperti ayam dan sayur.


“Harga jualan nasi kandar di semua Restoran Hakim masih kekal dan pihak kami masih boleh meneruskan operasi perniagaan disebabkan kadar sewa serta gaji pekerja masih sama.


“Namun, kami tidak dapat memberi jaminan sama ada harga itu boleh dikekalkan selepas selepas sambutan Tahun Baharu Cina nanti (bulan depan),” kata­nya ketika dihubu­ngi Kosmo! Ahad di sini semalam.



Menurut beliau, isu kenaikan harga bukan sahaja dihadapi oleh mereka yang berada dalam sektor makanan dan minuman, malah semua industri mengalami kesan yang sama.


“Kebanyakan restoran menggunakan khidmat pekerja asing dan sama dengan sektor perta­nian dan pembinaan. Apabila kami berdepan dengan kekura­ngan pekerja, pekerja asing ini mahu gaji yang tinggi dan jika tidak, mereka mahu balik (pulang ke negara asal),” ujarnya

Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments