Header Ads

Breaking

Monday, January 24, 2022

Hospital terdesak cari penderma sperma, dibayar RM198.62, lelaki kulit hitam dan asia jadi pilihan utama

 


SEBUAH hospital di Birmingham menggesa mana-mana lelaki tampil menjadi penderma sperma.


Menurut wakil Hospital Wanita Birmingham, stok dalam bank sperma mereka berkurangan sejak dua tahun lalu selepas dunia dilanda pandemiik C0vid-19.


Selepas sekian lama, sekatan tersebut sudah dibuka baru-baru ini, sekaligus membuka ruang untuk mana-mana lelaki tampil menderma sperma mereka.



"Kami tak terima penderma sperma ketika pandemik kerana risau akan risiko jangkiitan C0vid-19. Ada beberapa individu yang nak menderma, tapi ia baru sahaja dibuka semula.


"Kini kami menggesa sesiapa yang berminat untuk hadir bagi mengisi kekosongan stok kami. Kami perlu mencari lebih ramai penderma," ujar Dr Jackson Kirkman-Brown.


Tambah pihak pihak hospital, lelaki kulit hitam dan lelaki Asia menjadi keutamaan dan digalakkan tampil segera untuk menderma.


Sebagai ganjaran, lelaki-lelaki tersebut akan dibayar £35 (RM198.62) bagi setiap kunjungan untuk menderma sperma mereka ke pusat perubatan itu. - Daily Star.

Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.