Ticker

6/recent/ticker-posts

Janna Nick kongsi video percutian bersama buah hati di luar negara, netizen tertanya-tanya tidur bilik asing-asing ke?

 




Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Janna Nick ada berkongsikan gambar dan video percutiannya di luar negara bersama kekasih, Dini Schatzmann.


Menerusi video tersebut, Janna membuat kompilasi mereka berdua beberapa di beberapa lokasi di luar negara sambil menari.


Namun, lain pula yang ditanyakan netizen apabila ada yang bertanyakan sama ada Janna dan Dini tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.


“Seronoknya travel merasa berdua, bersemut handphone,” tulis netizen.

“Bilik asing-asing ke?” tanya seorang lagi pengguna Instagram yang lain.


“Kehulu kehilir, mampu menikah tapi tak menikah. Allahu hati-hati jangan sampai Allah murka,” tulis seorang lagi netizen.


“Tidur sekali ke pergi travel? Ke bilik asing-asing,” tulis seorang lagi netizen.



Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram menggunakan nama @kissyanick tampil membalas beberapa komen memaklumkan Janna dan Dini ke luar negara bersama pasukan produksi seramai 16 orang.


Ada sahaja netizen ni, kongsi video berdua pun terus dah buat spekulasi macam-macam pasal Janna Nick.

Sumber : Rotikaya


Post a Comment

0 Comments