Header Ads

Breaking

Thursday, January 13, 2022

Mapim sedia bekerjasama dengan wisma putra isu pendidikan anak Rohingya

 


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sedia bekerjasama dengan Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam menyediakan peluang pembelajaran kepada kanak-kanak peIarian Rohingya di negara ini.


Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid memuji inisiatif Wisma Putra dalam memudahkan usaha itu sambil berkata kanak-kanak memerlukan akses kepada pendidikan bagi mengelakkan mereka terbabit dengan masalah sosial.


"Masa depan mereka bergantung kepada pendidikan. Kanak-kanak pelarian ini akan terdedah dengan masalah sosial sekiranya mereka tidak menerima pendidikan yang sewajarnya.



"Kami berpendapat isu kanak-kanak Rohingya mengemis di jalanan sekitar ibu kota berpunca daripada tiada akses ke sekolah dan tidak memahami undang-undang di negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Azmi menegaskan bahawa Mapim akan menyiapkan cadangan kepada Wisma Putra bagi mewujudkan kerjasama jangka panjang terhadap isu membabitkan anak-anak pendatang asing, termasuk dari negara lain seperti Kemboja, Palestin, Syria, Yaman dan Afghanistan.

Beliau berkata Mapim sudah membantu 15 kanak-kanak Rohingya sejak 10 tahun lalu, dan berharap inisiatif Wisma Putra bakal memudahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha meluaskan peluang pendidikan untuk kanak-kanak terbabit.



Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada Rabu berkata, Wisma Putra memberi penekanan terhadap aspek pendidikan bagi membantu mencari penyelesaian kepada isu peIarian Rohingya di negara ini, kerana pendidikan akan membantu memudahkan penempatan mereka di negara ketiga.


Beliau berkata kementerian sedang mencari penyelesaian memperkasa dan meningkatkan pembiayaan untuk sekolah pelarian yang dikendalikan NGO demi memastikan kanak-kanak pelarian R0hingya di negara ini tidak tercicir daripada sistem pendidikan.


Isu pelarian Rohingya sekali lagi dibangkitkan selepas klip video memaparkan seorang kanak-kanak Rohingya mencaaci orang ramai kerana tidak memberinya sedekah, tular di media sosial.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.