Header Ads

Breaking

Wednesday, February 2, 2022

Amylea Azizan belum bersedia bertukar nombor telefon dengan mana-mana lelaki

 


Lebih setahun berkongsi kisah putus tunang dengan Farouk Roman, penyanyi dan komposer, Amylea Azizan berkata hatinya masih belum terbuka untuk mana-mana lelaki.

Kata Amylea, 36, bukan sesuatu yang mudah untuknya mencari pengganti kerana kegagalan lalu memberi kesan mendalam dalam hidupnya.

“Saya tidak mencari seorang yang istimewa sekarang ini. Saya baru keluar daripada fasa putus tunang... tak boleh cari ganti dengan mudah.

“Perkara yang terjadi banyak memberi impak kepada saya. Bertegur dan bertukar nombor telefon dengan mana-mana lelaki pun tidak.


"Buat masa sekarang tiada teman lelaki dalam hidup saya,” katanya kepada mStar.


Pada Januari tahun lalu media melaporkan tentang kisah cinta terlerai antara Amylea dan Farouk biarpun lebih 10 tahun menjalinkan hubungan.


Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan berkongsi punca perpisahan.


Sementara itu penyanyi lagu Kendati ini menafikan mula menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki yang dikenali sebagai Sol Ahmad.


Gosip antara Amylea dengan lelaki berkenaan timbul selepas mereka dilihat saling berkongsi kata-kata manis di media sosial.


“Saya ada ramai kawan baik lelaki. Sol antara kelompok rakan yang sangat rapat.


“Kami sering berkongsi ungkapan sebegitu kerana kami saling menyanyangi sebagi seorang kawan,” ujarnya.


Dalam perkembangan lain, Amylea kini mengambangkan sayap kerjaya ke dunia lakonan.


Meskipun masih baru dan banyak yang perlu dipelajari, dia sudah mula menyukai bidang ini dan akan serius bergelar pelakon.


“Sebenarnya tak pernah terfikir. Tapi syarikat Radius One menawarkan saya untuk berlakon kerana sudah lama kami bekerjasama menghasilkan lagu untuk drama.


“Mereka melihat akaun TikTok saya dan katakan saya ada bakat berlakon. Bermula dengan watak cameo saya kemudian ditawarkan untuk sebuah drama lain.

Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.