Ticker

6/recent/ticker-posts

Raysha Rizrose rimas dan kurang selesa dengan pertanyaan bila nak kahwin

 


Penafian : Gambar hiasan semata-mata

Pelakon Raysha Rizrose, 26, mengakui meskipun dia rimas dan kurang selesa dengan pertanyaan bila nak kahwin, namun jauh di sudut hatinya tetap mempunyai hasrat ke arah itu.


Raysha ditemui pada sidang media drama Ex Aku Pontianak baru-baru ini berkata, sebagai wanita matang pastinya dia juga mahu membina rumah tangga dan memiliki keluarga suatu hari nanti.


Malah, Raysha yang tidak berselindung mengenai hubungan cinta dengan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri berkata, mereka juga pernah berbincang mengenai perkahwinan, tapi  apabila masing-masing sudah bersedia.



"Jujurnya tipulah kalau saya tak rasa rimas bila sering ditanya soal perkahwinan, tapi saya ambil positif saja dengan pertanyaan orang mengenainya dan menganggap ia sebagai satu doa.


"Saya juga sebenarnya tak mahulah tertekan sebab soal kahwin ini kerana percaya, tidak perlu terburu-buru pun. Bila sudah bersedia, ia (kahwin) boleh jadi bila-bila masa saja.


"Lagipun kalau terlalu merancang nanti, takut tak jadi pula. Tipulah jika dalam perhubungan yang dijalin agak lama, kami tak pernah bincang pasal itu (kahwin). Tapi, sekadar bincang setakat begitu saja, Insya-Allah," katanya kepada Harian Metro.



Difahamkan hubungan rapat Raysha dan kekasihnya, Nabil sudah terjalin sejak mereka di alam persekolahan. Malah, katanya hubungan itu juga diketahui keluarga serta kenalan rapat yang mengenali mereka.


Pun begitu, kisah cinta Raysha mula menjadi perhatian terutama pada kalangan wargamaya selepas perkahwinan kakaknya, pelakon Uqasha Senrose dan suami juga pelakon, Kamal Adli diumumkan selepas sebulan bergelar suami isteri.


Terdahulu, Uqasha dan Kamal bernikah pada 5 November 2021. Kemudian, sepupu Raysha juga pelakon Oktovia Manrose turut bertemu jodoh kali kedua dengan bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Esfan Mdisa pada 21 Disember, tahun lalu.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments