Ticker

6/recent/ticker-posts

Anak harimau ditemui berbungkus dalam plastik, cubaan seIudup keluar melalui pos gagal

 


Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan kemunculan pak belang yang dikatakan ditemui berkeliaran di kampung-kampung. Ramai netizen mengatakan tindakan pak belang keluar dari habitat asal dia kerana kegiatan pembalakan yang berleluasa sehingga memussnahkan hutan dan memaksa haiwan tersebut keluar mencari makanan.

Namun kisah kerakuusan manusia ini tidak berhenti disitu saja, satu laporan dari portal sajagempak menulis artikel yang memaparkan seekor anak harimau yang telah siap berbungkus dan seterusnya cuba diseludup menggunakan pos namun digagalkan kerana kecekapan pihak berkuasa. Kejadian tersebut dikatana berlaku di Mexico.

Cubaan seludup anak harimau melalui pos gagal, anjing dapat hidu bau. Seekor Anak Harimau Ditemui Dibungkus Dalam Plastik Dan Cuba Diseludup Keluar Melalui Pos. Bayangkan apa perasaan anda bila membuka plastik yang disangkakan barang tetapi terdapat seekor anak harimau? Dengan muka yang comel dan nampak kepenatan, siapa tidak kasihan.


Polis Mexico menemui anak harimau Bengal yang berusia dua bulan itu dibungkus dalam plastik barang berwarna biru untuk penghantaran ekspress.


Perkara itu terbongkar setelah anjing pengesan menghidu sesuatu yang mencurigakan dalam bungkusan tersebut.

Menurut sumber, seorang individu telah mencuba untuk menghantar anak harimau itu dari negara barat Jalisco kepada alamat di tengah negeri Queretaro.Kesian tengok anak harimau ini.


Difahamkan, anak harimau tersebut mengalami dehidrasi tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan lain dan anak harimau itu telah diserahkan ke pusat pengurusan haiwan.



Menurut sumber juga, sebelumnya, polis Mexico telah menyiarkan gambar comel anak harimau itu di laman facebook rasmi mereka dan mendapat simpati ramai netizen.



Kesian anak harimau ini kan, nasib berjaya diselamatkan.

Sumber : sajagempak.com

Post a Comment

0 Comments