Ticker

6/recent/ticker-posts

Feri besar rosak jadi punca keadaan sesak dan tegang penumpang di terminal feri Penumpang Kuah

 


Penularan video dan gambar memaparkan kesesakan dan keadaan tegang antara penumpang dan kru feri di Terminal Feri Penumpang Kuah di sini, petang semalam dan malam tadi, dipercayai berpunca kerana kerosakan feri.


Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid ketika mengesahkan kejadian itu, berkata, situasi dipercayai berpunca daripada kerosakan feri berkapasiti besar.


"Saya dimaklumkan ada feri berkapasiti besar mengalami kerosakan pada saat akhir menyebabkan perjalanan sebahagian penumpang sudah tertunda.


"Bagaimanapun, kesemua 423 penumpang terbabit selamat tiba di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis jam 11.25 malam tadi menerusi Expres Bahagia 99," katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.


Terdahulu, menerusi beberapa rakaman video yang dimuatkan di media sosial memaparkan keadaan sesak penumpang dan 'peerang mulut' antara penumpang dan kru feri di Terminal Feri Penumpang Kuah, di sini.


Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik bersama video dan gambar terbabit, penumpang mendakwa kejadian sesak itu berlaku selepas perjalanan feri Langkawi-Kuala Perlis tertunda lebih lapan jam.



"Penumpang ini terkandas di Jeti Kuah sejak jam 2.30 petang tadi hingga 10.30 malam.


"Belum pasti apa nasib mereka yang membawa anak kecil serta warga emas yang terkandas di Jeti Kuah, ramai yang tidur di kaki lima hingga subuh pagi ini," dakwa keterangan pada video itu. .

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments