Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak sanggup nak tengok kemesraan mereka. Apakah ini Zul?, soal peminat

 


DALAM tempoh setahun, entah berapa kali Mizz Lahar bercerita tentang hero idaman Malaya, Zul Ariffin.


Semuanya gara-gara video promosi drama terbaharu lakonannya, Tarik Aku Ke Syurga gandingan bersama Nelissa Nizam.


Kali ini mengenai aksi romantis Zul dengan Nelissa yang dikatakan berwajah mirip Ayda Jebat itu.



“Tak sanggup nak tengok kemesraan mereka. Apakah ini Zul?” luah seorang peminatnya.


“Susah juga jadi pelakon kalau hero macam Zul. Jenuh tahan hati jatuh cinta,” kata seorang lagi netizen.


Selain itu, ada juga netizen yang berpendapat bakal isteri Zul perlu memiliki hati yang kuat kerana karier Zul sebagai pelakon.



“Zul ini kalau nak kahwin esok, harap jodoh dia tak kuat cemburu. Kalau tak, hari-hari makan hati lihat suami romantis dengan pelakon wanita lain,” komen seorang lagi netizen.


Macam-macam juga ya pendapat netizen, ada juga yang masuk akal. Walau apa pun yang netizen tulis, Zul sendiri pasti tahu batasnya.

Sumber : Kosmo! OnIine

Post a Comment

0 Comments