Ticker

6/recent/ticker-posts

Gagal Beri Kerjasama, Mahkamah Bakal Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Norjuma Habib

 




Pada Isnin,(31 Januari 2022) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan pihak peguam syarikat Fame Up Entertainment untuk memfailkan waran tangkap terhadap usahawan selebriti, Norjuma Habib.

Norjuma Masih Gagal Hadir Ke Mahkamah


Arahan tersebut dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Yasmin Abdul Razak berikutan Norjuma yang gagal memberi kerjasama dari permulaan kes dan juga kerana menghiina mahkamah atas keingkarannya mengikut perintah yang ditetapkan.



Norjuma Dituntut Buat Permohonan Maaf 


Bagi kes saman kedua, mahkamah turut memerintahkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM260,000  dibuat kepada Fame Up Entertainment beserta permohonan maaf di media cetak dan di beberapa surat khabar rasmi.



Norjuma juga tidak dibenarkan membuat mana mana kenyataan dengan menerbitkan dan menyebarkan fitnah kepada plaintif secara lisan ,media percetakan atau melalui internet dengan memuat naik turun di media sosial. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Dato Hj Akhtar Tahir.


Untuk rekod, Fame Up Entertainment telah memfaikan dua saman fitnah kepada Norjuma sejak 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 dan 2020 yang lalu.


Sumber : murai.my

Post a Comment

0 Comments