Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak Selesa Dengan Jiran Sebelah, Wanita Terdesak Mahu Jual Rumah Besar Dan Cantik Pada Harga Cuma RM292 Sahaja

 


Baru-baru ini viral di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang terdesak ingin menjual kediamannya dengan harga yang sangat murah iaitu 1 juta rupiah (RM292.10) kerana terpaksa berjiran dengan tapak perkuburan, lapor laman Suara.com kelmarin.


Video yang dimuat naik di akaun TikTok @bro_tempe itu setakat ini sudah mendapat lebih 3 juta tontonan itu menunjukkan rumah berwarna berwarna hijau dan biru itu mahu dijual dengan harga yang terlampau murah.

“Rumah ini mahu dijual, murah-murah sahaja,” demikian tulis keterangan pada video tersebut.



Dalam video itu, dapat dilihat pemilik akaun itu yang merupakan seorang lelaki mendekati seorang wanita yang sedang menyapu sampah untuk bertanyakan kebenaran tentang harga rumah yang dijual.


Wanita itu mengiyakannya dan berkata ia dijual dengan harga yang dipamerkan. Pemilik akaun itu terkejut dan bertanya sebab ia dijual pada harga yang ‘tidak masuk akal’.


“Saya cuma tidak selesa dengan jiran tetangga,” katanya.


Pemilik akaun itu kemudian terkejut kerana jiran yang dimaksudkan adalah kawasan perkuburan.



Netizen yang melihat video itu meninggalkan pelbagai komen tentang video tersebut.


“Jirannya itu bukankah rumah masa depan?,” tanya seorang netizen.


“Mungkin jirannya itu tidak menghiburkan kerana apabila diajak berbual, dia tidak mahu,” tulis seorang lagi netizen. -Agensi

Post a Comment

0 Comments