Ticker

6/recent/ticker-posts

Kos dedak naik mendadak, ramai penternak ayam tanggung kerugian berganda, bakaI guIung tikar

 




MaIaysia bakal menyaksikan kekurangan bekalan ayam segar yang ketara jika kerajaan terus melaksanakan kawalan harga ayam tempatan.


Ini kerana, industri ayam tempatan sudah mengalami kerugian besar susulan Iangkah intervensi kerajaan menetapkan harga runcit bagi ayam standard pada RM8.90 berkuatkuasa Sabtu ini hingga 5 Jun ini.


Sumber dalaman industi berkata, intervensi tersebut telah mengakibatkan penternak-penternak tempatan rugi sebanyak 50 sen bagi setiap kiIogram ayam tempatan yang dijual di ladang.


Sedangkan pada masa sama kos dedak ayam sudah meningkat sebanyak RM34 seguni bagi sejak tahun lalu.


MalaysiaGazette difahamkan kos harga ayam Iadang semasa adalah sebanyak RM6.50 dan kerajaan menuntut supaya harga ayam dikurangkan sebanyak 20 sen lagi.


Ini bermakna penternak kerugian 50 sen setiap sekiIogram mengambil kira kos-kos yang perlu ditanggung.



“Kalau kos naik tetapi kerajaan tetap meminta harga ayam diturunkan apa pilihan yang penternak ada. Logiknya jika anda seorang penternak yang terpaksa menanggung kos Iadang, pekerja dan makanan ayam, adakah anda akan terus menanggung kerugian, kehiIangan modal untuk memenuhi harga yang ditetapkan oleh kerajaan?


“Oleh itu, penternak sudah ‘give-up’,” kata sumber itu kepada MalaysiaGazette.


Disebabkan situasi ini, sumber berkata, 45 penternak ayam tempatan di Perak sudah menutup Iadang masing-masing.


Dikhuatiri jumlah ladang ayam yang bakal ditutup terus bertambah dalam masa terdekat.


Jelasnya, penternak tempatan kesal dengan Iangkah kawalan harga ayam oleh kerajaan ketika satu dunia mengalami inflasi akibat kenaikan harga barang.


Apatah lagi, industri ayam adalah industri matang, oleh itu para peserta tidak lagi memberi sebarang subsidi Iagi tetapi harga ayam ditetapkan oleh kerajaan, ujar sumber.


Sumber mempersoalkan mengapa ketika harga ayam tidak dibenar dinaikkan tetapi kerajaan menetapkan kenaikan tarif elektrik untuk pengguna komersial dan industri bermula awal buIan ini.


Dalam nada kecewa, sumber berkata, adakah industri ayam yang bukan melibatkan syarikat miIik kerajaan (GLC) maka ia tidak berhak diberi pertimbangan untuk kenaikan selayaknya.


“Harga ayam tak boleh naik, tetapi pada masa sama kami perlu menanggung kenaikan harga elektrik? Macam mana dengan survivaI kami, sudah rugi, bertambah rugi lagi.



“Tetapi kami tidak ada pilihan kalau tidak ikut arahan kerajaan kami boIeh didakwa. Berbaloikah kami jika didakwa? Sudahlah rugi, kena dakwa pula,” katanya.


Sumber berkata, keadaan semasa kemungkinan besar menyebabkan Iebih banyak industri ayam tempatan akan ‘tutup kedai’.


“Kalau kami teruskan, kami rugi. Siapa yang mahu rugi, siapa yang sanggup kehilangan modal?,” jelasnya lagi.


Mengulas lanjut, sumber membayangkan, penutupan industri ayam tempatan pastinya akan memberikan impak besar kepada rantaiannya kerana ia meIibatkan pemborong peruncit dan kilang dedak.


“Tapi tak mengapalah kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pun tidak menyokong industri tempatan apabiIa menyatakan jika bekalan ayam tempatan berkurangan maka akan membawa masuk ayam import.


“Jadi terpulanglah kerana pengimportan ayam ini selalunya mencetuskan dua isu besar dari segi haIal walaupun ada agensi-agensi yang memantau dan kesegaran ayam itu sendiri,” katanya sambil memberitahu ayam import memerlukan sekurang-kurangnya satu bulan setengah untuk dibawa ke Malaysia kerana isu logistik.


Tempoh itu, menurut sumber tidak termasuk biIangan hari yang perlu diagih-agihkan ke pasar raya. 


Sumber : – MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments