Ticker

6/recent/ticker-posts

Mengaku bela anjing, Julia Farhana tahu batas sebagai muslim, Julio bukan jenis air liur meleIeh

 


Baru-baru ini satu perkongsian pelakon cantik, Julia Farhana menarik perhatian netizen kerana memaparkan seekor anjing sedang menunggu di luar biliknya sekaligus menjadi tanda tanya netizen.

Pelakon cantik berusia 27 tahun bagaimanapun mengakui dia dan keluarganya mempunyai seekor anjing yang diberi nama Julio.


Jelas aktress yang memiliki nama penuh Julia Farhana Marin menjelaskan anjing peliharaan keluarganya sudah dilatih untuk tidak menjilat atau bersentuhan dengan mereka.


"Nama dia Julio dan dia memang anjing peliharaan kami sekeluarga. Selain anjing, saya juga ada tujuh ekor kucing yang semua diselamatkan.


"Saya rasa, perkara ini sensitif dan saya faham sebab sebagai Muslim, mereka (netizen) risau dengan isu terkena air liur atau bersentuhan masa basah.


"Tapi ia bukan isu untuk saya dan keluarga sebab Julio sudah dilatih dengan baik. Dia takkan jilat atau sentuh kami.



"Kalau lihat video saya pun, kami tidak pernah bersentuhan dan dia juga bukan anjing jenis air liur meleleh," katanya kepada mStar.


Sebelum ini, pelakon drama Malaysian Ghost Stories itu memuat naik video di Instastory memperlihatkan seekor anjing sedang menunggu di hadapan pintu biliknya.


Dalam pada itu, Julia menjelaskan segala urusan penjagaan melibatkan haiwan peliharaannya itu dilakukan oleh pembantu rumah bukan beragama Islam.


"Bab bagi makan, mandi dan tukar diapers, semua diuruskan oleh pembantu rumah kami yang bukan Muslim. Setiap bulan kami hantar dia ke tempat groomer.


"Jadi memang tak akan bersentuhan dalam keadaan basah pun. Dia pun tidak akan berjalan-jalan dalam rumah, ada beberapa kawasan saja.


"Bilik solat saya pun dekat tingkat paling atas di mana dia tidak boleh masuk," ujarnya.


Sementara itu, Julia menyedari tanggungjawabnya sebagai Muslim namun dia juga mahu menjaga hubungan dengan manusia dan semua makhluk hidup termasuklah haiwan.



"Kami ambil dia ketika berusia dua bulan kerana tiada siapa nak jaga dia disebabkan masalah kulit. Saya pun dah biasa dikelilingi anjing sejak kecil.


"Kami dah biasa latih anjing. Masa membesar di Australia, ibu bapa saya ada empat ekor anjing. Nowadays pun, kalau la tersentuh masa basah pun ada sabun sertu.

"Saya tahu tanggungjawab sebagai Muslim dan saya nak jaga bukan saja hubungan dengan manusia tapi dengan semua makhluk hidup seperti haiwan dan sebagainya," ujar Julia.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments