Ticker

6/recent/ticker-posts

Uyaina Arshad terkejut netizen speku dia hamil

 


Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 30, terkejut apabila terdapat pengikut di Instagram yang bertanya adakah dirinya sedang hamil.


Uyaina yang cemas dengan persoalan terbabit berkata, setakat ini dia belum membuat sebarang ujian kehamilan atau merujuk perkara itu ke hospital.


"Terdapat banyak komen peminat yang bertanya adakah saya sedang berbadan dua? Persoalan itu sekali gus membuatkan saya berasa takut sama ada komen yang ditinggalkan peminat itu mungkin benar atau sebaliknya.



"Selepas mengetahui perkara ini saya terus terdetik nak buat ujian kehamilan. Insya-Allah saya akan buat ujian kehamilan dalam waktu terdekat ini kerana takut juga kalau hamil tanpa saya sedar. Jika saya benar hamil saya akan maklumkan. 

Namun, saya yakin saya belum hamil lagi memandangkan keadaan kesihatan saya bukan seperti wanita yang berbadan dua. Saya harap komen peminat yang mengatakan saya sedang hamil itu adalah satu doa dan moga rezeki timang anak dipercepatkan," katanya.


Menurut Uyaina, dia dan suaminya yang juga penyanyi Raja Syahiran, 29, tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata sebaliknya sudah bersedia untuk mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa.



"Kami berdua memang sudah berbincang mengenai hal ini dan sudah bersedia seandainya rezeki untuk menimang cahaya mata datang awal.


"Memandangkan usia kami berdua pun sudah semakin meningkat, jadi kami enggan merancang atau melengahkan waktu. Lagipun kami dah tak sabar nak ada anak sebagai penyeri hidup. Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan," katanya.


Pasangan ini melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, di sini pada 20 Disember lalu.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments