Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Akan Lawan KJ! Dia Ingat Kita Takut, Ini Peluang Saya Tibai Dia, Kata Ustaz Abu Syafiq

 


Sudah agak lama tidak mendengar perkembangan terkini pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang dikenali ramai seorang personaliti media sosial yang lantang bersuara.


Kemelut antara pendakwah ini dengan menteri kesihatan, Khairy Jamaludin bermula apabila KJ bertindak menyamannya. 

Namun tidak berdiam diri, Ustaz Abu Syafiq bertindak ingin menyaman kembali KJ sebanyak RM500 juta.


Namun, yang terbaru Ustaz Abu Syafiq dilihat memuat naik satu perkongsian di laman sosial miliknya yang dia akan membawa kes saman fitnah itu ke Mahkamah Tinggi.

Ustaz Abu Syafiq yang terkenal dengan sikapnya yang lantang dan tegas dilihat akan tetap dengan pendiriannya dan mengatakan inilah peluang terbaiknya untuk melawan menteri kesihatan itu.


Jika sebelum ini ramai netizen yang bertindak mengecam pendakwah bebas itu namun kali ini amat berlainan sekali. 

Jika dilihat diruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan yang amat padu kepada Ustaz Abu Syafiq dan berdoa segala urusan pendakwah itu dipermudahkan.




Untuk makluman semua, KJ sebelum ini ada menyatakan bahawa beliau akan memfailkan surat saman kepada pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq atas sebab sering memuatnaik hantaran ‘panas’ mengenai C0VID-19 dan meminta pendakwah itu membuat permohonan maaf.


Sumber : Instagram Ustaz Abu Syafiq

Post a Comment

0 Comments