Header Ads

Breaking

Tuesday, February 8, 2022

Mark Zuckerberg berkemungkinan besar tutup Facebook dan Instagram di Eropah? Bersediakah anda?

 


Facebook dan Instagram memang ditawarkan secara percuma kepada pengguna di seluruh dunia. Namun, percuma itu ada makna di mana data peribadi pengguna dijadikan sebagai "bayaran".


Disebabkan itu, Kesatuan Eropah (EU) tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan syarikat Meta itu kerana meIanggar undang-undang mereka.



Hal ini kerana, mengikut undang-undang EU, segala data pengguna perlu disimpan dan diproses di pelayan (server) Eropah. 

Sebaliknya, data Facebook dan Instagram diproses di pelayan Amerika Syarikat dan Eropah yang mana ia penting untuk sasaran pengiklanan dan perniagaan bagi kedua-dua media sosial tersebut.


Dengan ini, Meta dalam kenyataan terbaru mengatakan jika mereka tidak dapat mengikut peraturan yang ditetapkan Eropah, mereka berkemungkinan besar akan menutup Facebook dan Instagram di rantau itu.



Jika dilihat, pengguna di Eropah mungkin boleh hidup tanpa Facebook. Akan tetapi, Instagram masih mempunyai pengguna yang ramai terutama dalam kalangan golongan muda.


Bagaimanapun, dengan kehadiran TikTok, remaja masa sekarang pun sudah ramai beralih ke platform baharu ini. Malah, Facebook sebelum ini turut mengakui bahawa TikTok merupakan pesaing terhebat mereka.

Sumber : Wiser

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.