Ticker

6/recent/ticker-posts

‘Wartawan Cilik’ Sebenarnya Memesongkan, Merendahkan Serta Memperlekehkan Profesion Kewartawanan, Kata Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican

 


Siapa saja yang tidak kenal dengan adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, yang secara tiba-tiba menjadi manusia paling terkenal di negara kita seminggu dua ini.


Bakat kanak-kanak berusia 12 tahun ini telah mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan netizen sehinggakan Perdana Menteri sendiri berminat dan telah bertemu mata dengan insan berbakat besar ini.


Namun baru-baru ini seorang Pensyarah Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berpendapat, gelaran tersebut amatlah tidak tepat.

Ini kerana katanya, tindakan segelintir pihak media yang melabelkannya sebagai ‘wartawan cilik’ mendapat reaksi yang agak ‘kurang menyenangkan’ dari seorang tokoh akademik negara.


Perkara ini telah disuarakan oleh Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican melalui akaun facebooknya. Mari kita baca dan renungkan hasil penulisan beliau.


Penggunaan ungkapan ‘wartawan cilik’ bagi tajuk berita dan cerita seperti ini (dan telah berkali-kali digunakan) amat tidak tepat lalu memesongkan, merendahkan dan memperlekehkan profesion kewartawanan itu sendiri.


Walaupun penggunaan seperti ini mungkin bersahaja, dalam memaparkan satu slanga, atau memaparkan kecilikan seorang kanak-kanak, ia tidak sepatutnya dipandang ringan.

 

Yang dilakukan oleh budak tersebut ialah melaporkan sesuatu kejadian dengan meniru apa yang dilihatnya.


Apa yang dilihatnya dari tugasan melaporkan berita di televisyen bukanlah dapat dipaparkan menggunakan istilah ‘kewartawanan.’


Apa yang dilihat dan dilakukanya ialah proses melaporkan berita atau pemberitaan dan petugas itu memenuhi fungsi sebagai pemberita.



Pemberitaan adalah satu fungsi dalam profesion kewartawanan. Tugas dan fungsi editor dalam menulis lidah pengarang, komentar, pendapat, esei, penulisan rencana, pengurusan berita, penulisan kolum – semuanya adalah fungsi profesion kewartawanan.


Pemberita, penerbit, editor berita, editor halaman lidah pengarang, ketua editor, editor sukan, editor ekonomi, editor jenayah, editor sains – semua itu jawatan dalam organisasi media; semua itu merupakan ahli kepada profession kewartawanan, dan semua digelar wartawan.


Mereka yang melakarkan tajuk berita dalam hal ini harus/mesti/patut membezakan antara fungsi/jawatan/profesion. Golongan wartawan mesti meningkatkan kefahaman mereka mengenai bidang mereka sendiri.


Bukan semua boleh jadi wartawan. Editor dan wartawan (jika mereka sedar akan istilah itu) mesti menganggap kewartawanan sebagai satu profesion dan institusi. Ia ada nilai dan ideologinya sendiri.


Sumber: Ahmad Murad Merican via ODlSl

Post a Comment

0 Comments