Ticker

6/recent/ticker-posts

Maaf semua, tengah malam ini kami bakar mercun..., kata Julia Goh Phaik Bee

 


Permohonan seorang ahli laman Facebook (FB) Bukit Sentosa/Beruntung Resident (BSBR) kepada penduduk sekitar kawasan itu menjadi tular di media sosial.


Ia selepas pemilik akaun Julia Goh Phaik Bee memohon kebenaran untuk membakar mercun sempena upacara keagamaan kaum Cina, malam ini.

Katanya, dia meminta maaf sekiranya tindakan itu menyebabkan penduduk sekitar terganggu.


"Mohon admin (pengendali) approve (benarkan). Kepada semua warga Bukit Sentosa, Bukit Beruntung (BSBR), saya ingin memberitahu bahawa malam ini, kita kaum Cina akan sembahyang dan membakar mercun pada tengah malam untuk menjemput tuhan kita.



"Saya meminta maaf kalau terganggu malam ini. Harap segala salah silap dimaafkan. Terima kasih semua," tulisnya di dalam status FB.


Hantaran itu mendapat komen positif daripada ahli kumpulan laman sosial itu yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan berkenaan.


Rata-rata mereka tiada halangan dan bersetuju dengan syarat ia mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.


Seorang netizen, Nur Hidayah Azizan berkata, dia tidak kisah orang Cina atau India membakar mercun, sebaliknya remaja Melayu yang bermain mercun lebih dari sebulan.


Seorang lagi pemilik akaun Shahril Cucuatok berkata, dia ingin menyertai acara bakar mercun itu dan berharap keluarga Julia turut bersama ketika Aidilfitri nanti.



"Kita sama-sama happy lorr (gembira lah)," katanya.


Pemerhatian wartawan mendapati ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata positif mengenai perkara itu dengan ada yang memuji cara netizen memberikan maklum balas.


Dimuat naik sejak lima jam lalu, hantaran itu mendapat 1,600 tanda suka, 374 komen dan 17 perkongsian setakat ini.


Harian Metro sedang mendapatkan Julia untuk memberikan maklum balasnya mengenai hantaran berkenaan.

Sumber : harian metro

Post a Comment

0 Comments