Ticker

6/recent/ticker-posts

Alami perubahan fizikal, ramai netizen terkejut lihat pernampilan terkini Almy Nadia

 


Sudah agak lama tidak melihat kelibat pelakon wanita, Datin Almy Nadia di media sosial.


Bagaimanapun, baru-baru ini pemilik kepada nama penuh Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah telah memuat naik satu video di laman sosial miliknya.


Video itu telah menjadi tular dan menjadi bualan ramai gara-gara perubahan fizikalnya sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.



Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan Almy sedang menunggang motosikal sambil dirakam oleh suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, Fizz Fairuz.


Gelagat comel Almy ini turut membuatkan ramai terhibur melihatnya namun ada juga yang menegur perubahan fizikal pelakon wanita itu. Menurut mereka, Almy kelihatan begitu berbeza sekarang ini jika dibandingkan dengan berat badannya sebelum berkahwin dahulu.


Tidak kurang juga yang meluahkan rasa bimbang dengan peningkatan berat badan pelakon wanita itu yang mungkin boleh memudaratkan kesihatannya. Namun rata-rata netizen menganggap perubahan berat badan adalah perkara biasa dialami mereka yang sudah berkahwin.



Apatah lagi untuk kaum wanita yang sudah mempunyai anak, kebiasaannya berat badan mereka akan naik mendadak selepas melahirkan anak. Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen susulan video yang menampakkan perubahan fizikal Almy Nadia ini.


“Sama je kita, dah ada anak badan sihat. Bukan tak nak kurus tapi kurus tak nak kat kita dah.”


Untuk rekod, Almy Nadia dan Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga pada April 2014 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta dan dikurniakan empat cahaya mata. Sebelum ini juga, Almy Nadia pernah ditegur gara-gara perubahan fizikalnya selepas bersalin.


Kredit : SYOR

Post a Comment

0 Comments