Ticker

6/recent/ticker-posts

Suami mengaku 'block' nombor telefonnya, Puteri Sarah tampil bagi ayat makan dalam!

 


Baru-baru ini, Syamsul Yusof yang juga merupakan suami kepada Puteri Sarah dan Ira Kazar tampil menjelaskan perkara sebenar kenapa dia terpaksa menyekat nombor telefon Puteri Sarah.


Menurut pengarah Mat Kilau itu, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu bertengkar dengan Puteri Sarah.


Enggan berdiam diri, pelakon cantik itu tampil memuat naik status di Instastory selepas suaminya iaitu pengarah Syamsul Yusof mengaku menyekat nombor telefonnya.


Puteri Sarah secara sinis berharap Syamsul tidak berterusan memutar beli kenyataan dengan mengatakan dirinya tidak mahu berpisah disebabkan masih menyayangi isteri pertama.



“Twist la cerita selagi boleh. Tak apalah nak minta lepas pun. Haaa jangan lepas ini twist lagi cerita pula ‘Sarah yang minta lepaskan sangat, saya tak nak. Selama ni saya sayang dia’,”


Menerusi perkongsiannya itu lagi, pelakon itu turut meminta agar suaminya berhentilah menggunakan drama 'play victim'  dan terus menuding jari kepada pihak lain.



“Enough with the 'play victim' drama and blaming,” tegasnya.


Untuk rekod, Jumaat lepas Syamsul Yusof menerusi video ekslusifnya telah mengaku bahawasanya dia kini sudah bergelar suami yang sah kepada Ira Kazar dan perkahwinan itu berwalikan Kazar Saisi sendiri di Thailand.


Post a Comment

0 Comments