Ticker

6/recent/ticker-posts

Disamakan sarung guni nangka, keberkesanan produk jamu Kak KM dipertikai netizen

 


Siapa saja yang tak kenal dengan Kak KM, seorang usahawan berjaya yang tidak pernah lekang dengan kontroversi.


Pernampilannya yang mencolok mata sering menjadi perhatian netizen.


Baru-baru ini, kakak kepada Kak KM iaitu Lydia ada memuat naik satu perkongsian video yang memaparkan kedua-dua beradik  yang memakai busana berwarna hijau dan jingga  sedang ‘catwalk’ sambil memperagakan ‘body’ mantap.


“Sayang adikku,”tulis kakak Kak KM.


Menjenguk di ruangan komen, netizen seperti biasa jangan mengecewakan. Busana cantik yang dipakai anak kepada pelakon terkenal itu disamakan dengan ‘sarung nangka’ membaluti tubuh sehingga menampakkan sosok pemakainya.


Menambahkan lagi kekeruhan, ada segelintir netizen mempersoalkan keberkesanan produk jamu yang dibanggakan selama ini Kak KM sebaik melihat susuk tubuh founder sendiri yang menjual jamu dengan khasiat ‘mengempiskan perut’.

 Sumber: TikTok @lydiarosli

Post a Comment

0 Comments