Ticker

6/recent/ticker-posts

Bagi Alasan Penat Baiki Aircond, Suami Orang Ditangkap Khalwat Dengan Janda Anak Dua

 


Penafian : Gambar sekadar hiasan

Alasan penat membaiki penyaman udara yang diberikan seorang lelaki berstatus suami orang gagal menyelamatkannya daripada ditangkap khalwat dalam serbuan di sebuah rumah di Tanjung Minyak, kelmarin.


Dalam Operasi Perahu Darat 2 kira-kira pukul 11.45 malam, pasangan yang ditahan itu berusia 30-an dengan kedua-dua mereka merupakan penjawat awam.


Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, hasil maklumat awam, serbuan dilakukan pegawai syarak bersama polis dan pemeriksaan lanjut dalam rumah menemui pasangan tersebut.


Jelasnya, pasangan itu mendakwa mula berkenalan melalui aplikasi Omi.


“Turut bersama adalah seorang kanak-kanak 10 tahun yang merupakan anak wanita terbabit.


“Setibanya di lokasi, didapati pintu rumah bertutup rapat serta berkunci dan telah dibuka oleh seorang lelaki, pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita dalam bilik bersama seorang kanak-kanak.


“Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku bukan suami isteri dan lelaki terbabit datang dari Negeri Sembilan. Dia memberi alasan bermalam kerana penat membaiki penyaman udara rumah wanita itu yang rosak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Tambahnya, wanita itu merupakan janda anak dua manakala si lelaki berstatus suami orang dan mempunyai lima anak.


“Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Minyak dan tangkapan dibuat semula oleh JAIM bagi membantu siasatan mengikut Sesyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman,” jelasnya. 


Sumber :– UTUSAN


Post a Comment

0 Comments