Ticker

6/recent/ticker-posts

“Takut nanti Syamsul marah” - Tak sangka viral, pemuda ini buat ‘content’ sekadar suka-suka…

 



TINDAKAN berani seorang pemuda menawarkan diri untuk berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana menarik perhatian netizen di media sosial.


Menjelaskan tujuan dia menghasilkan content berkenaan, pemuda bernama Arif Izo ini memberitahu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu hanyalah sekadar mengikut trend semasa.


Kata Arif atau nama sebenarnya atau Nik Mohd Arif, 26, dia juga sama sekali tidak menyimpan perasaan terhadap isteri pengarah Syamsul Yusof itu.

"Saya cuma ikut trend sahaja, jadi saya buat video itu suka-suka. Saya tak boleh nak simpan hati dekat Puteri Sarah Liyana lagi nanti Syamsul Yusof marah.


"Sejujurnya saya tak sangka video itu akan viral, awalnya saya agak akan ada yang komen sebabnya isu rumah tangga mereka tengah diperkatakan tapi saya tak sangka ia akan dapat perhatian orang ramai sebegini," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Arif yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Kizo ini mengakui sedikit bimbang sekiranya Syamsul memandang serius mengenai video itu dan mahu menemuinya.

"Secara terus terang saya takut sebenarnya. Takut sebab Puteri Sarah masih lagi isteri orang. Tapi sebelum saya buat video itu saya dah fikir terlebih dahulu dan bukan saya seorang yang buat jadi saya anggap ia sekadar konten sahaja" katanya lagi.


Mengulas mengenai sokongan orang ramai yang merestui hubungannya dengan Sarah, Arif menganggap ia sekadar usikan netizen, namun menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.


Arif bagaimanapun memohon maaf sekiranya video yang tular itu tidak disenangi oleh segelintir pihak.

"Benda-benda itu bukan bidang kuasa saya, saya serahkan kepada yang lebih berkuasa. Tapi saya minta maaf kalau video itu menyinggung mana-mana pihak, tapi tujuan saya buat video itu bukan untuk sakitkan hati mana-mana pihak bukan bagi orang benci saya hanya sekadar buat konten sahaja," jelasnya.


Dalam masa sama, Arif yang juga merupakan anak Izo gitaris XPDC sempat menitipkan doa buat pasangan itu semoga dipermudahkan segala urusan.


"Kita sebagai orang luar tidak tahu apa yang terjadi dengan rumah tangga mereka. Simpati memang simpati tapi saya buat sekadar konten dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Untuk Syamsul dan Puteri Sarah, saya doakan yang baik-baik buat mereka berdua harap semuanya akan baik. Tidak semestinya berpisah atau bersama itu sesuatu yang buruk. Harapnya mereka buat keputusan yang baik untuk rumah tangga mereka," ujarnya.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments