Ticker

6/recent/ticker-posts

Harga sayur naik mendadak, naik hingga RM5 sekilogram!

 


Harga beberapa jenis sayur berdaun dan buah meningkat antara dua hingga tiga kali ganda berbanding harga sebelum Monsun Timur Laut (MTL).


Kebiasaannya, kenaikan harga berlaku apabila bekalan kurang, tetapi apa yang menghairankan peniaga dan pengguna ialah ia berlaku apabila bekalan sayur di pasaran mencukupi.


Pengguna, Halimah Sidek, 46, dari Kampung Pulau Rusa, di sini, berkata keadaan itu menimbulkan kemusykilan dalam kalangan pengguna dan peniaga apabila berlaku kenaikan harga mendadak walaupun bekalan sayur mudah didapati.


"Bekalan sayur banyak tetapi kenapa harga mahal," katanya ketika ditemui di Pasar Chabang Tiga, di sini, semalam.



Justeru, katanya, kerajaan sepatutnya melihat perkara itu dengan serius kerana tidak mustahil pihak pembekal sengaja mengambil kesempatan musim MTL dengan menaikkan harga walaupun bekalan banyak di pasaran.


"Biasanya kenaikan harga berlaku sekiranya bekalan kurang tetapi sekarang bekalan sayur di pasaran tidak putus, tetapi harga mahal.


"Sebagai pengguna, kenaikan harga ini melampau, tetapi terpaksa juga membeli kerana ia keperluan," katanya.


Peniaga, Norhazana Harun, 33, dari Kampung Paloh, di sini, berkata beberapa jenis sayuran tanah tinggi yang paling ketara berlaku kenaikan adalah tomato, salad bulat, bunga kubis dan terung selain timun batang, sawi dan daun sup.



Katanya, jika sebelum MTL, modal untuk 10 kilogram tomato hanya RM35 tetapi kini harga naik sehingga RM100.


"Salad bulat dari RM4 kepada RM14 sekilogram, daun sup RM7 naik sehingga RM24 sekilogram, timun batang dan timun kampung daripada RM4 kepada RM9 hingga RM10 sekilogram, manakala kacang dari RM8 kepada RM12 sekilogram," katanya.


Norhazana berkata, harga sayur dijangka terus naik pada Mac ini iaitu ketika menjelang Ramadan dan Aidilfitri.


"Harga sayur tidak akan turun buat masa ini kerana kita masih dalam musim MTL. Kalau turun pun selepas Aidilfitri," katanya.

Sumber : Berita Harian Online

Post a Comment

0 Comments