Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki ini saman seorang wanita RM9.7 juta kerana tolak cintanya

 


Penafian : Gambar sekadar hiasan


Seorang lelaki di Singapura mengajukan dua saman terhadap seorang wanita kerana enggan menerima tawaran untuk berjumpa dengannya. 


New York Post melaporkan bahwa lelaki itu mengklaim trauma emosional setelah wanita terkait memberitahu bahwa hubungan mereka hanya sebagai teman. 


Menurut The Straits Times, lelaki tersebut dikenal sebagai K Kawshigan dan meminta Nora Tan untuk bertemu setelah ditolak. Pada awalnya, dia menunda tuntutan pengadilan setelah wanita itu setuju untuk mengikuti sesi konseling selama setahun setengah.


Tan yang bertemu dengan Kawshigan, seorang pengarah di syarikat dron D1 Racing, pada 2016 tetapi menolak pelawaan lelaki untuk janji temu (dating) dan akhirnya, memutuskan hubungan.


Tindakannya itu yang menyebabkan Kawshigan memfailkan dua saman, satu difailkan di mahkamah tinggi dengan tuntutan AS$ 2.3 juta (kira-kira RM9.7 juta) kerana merosakkan reputasinya, trauma, kemurungan dan 'kesan' kepada hidupnya.



Saman kedua difailkan di mahkamah majistret untuk meminta ganti rugi AS$16,700 (kira-kira RM70,674) kerana melanggar perjanjian untuk memperbaiki hubungan mereka selepas wanita itu berhenti menghadiri sesi kaunseling, menurut dokumen mahkamah yang diperoleh Channel News Asia.


Saman di mahkamah majistret itu kemudiannya ditolak oleh Timbalan Pendaftar Lewis Tan, yang dilaporkan menggelar saman itu secara nyata tidak berasas.


Mahkamah memutuskan bahawa Tan dan Kawshigan menjalin hubungan mesra selepas bertemu pada 2016, tetapi persahabatan mereka terputus pada 2020,


Ia selepas wujud salah faham mengenai hubungan mereka dengan Kawshigan menyangka hubungan itu atas perasaan cinta.



Sebaliknya, Tan hanya menganggap Kawshigan sebagai teman rapat hingga ambil keputusan berundur.


Ini mendorong lelaki itu untuk menghantar surat kepadanya berhubung ganti rugi kecuaian akibat tekanan emosi dan kemungkinan fitnah, sebelum meneruskan tuntutan mahkamah.


Tan pula memulakan tuntutan saman terhadap Kawshigan atas dakwaan mengganggunya pada April tahun lalu dan berhenti menghadiri sesi kaunseling.


Bagaimanapun, Kawshigan terus menghubunginya.


Wanita itu memutuskan sepenuhnya hubungan dengan lelaki terbabit pada 19 Mei.


Dalam pada itu, pengurusan kes saman lelaki itu di mahkamah tinggi ditetapkan pada 9 Februari ini.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments