Ticker

6/recent/ticker-posts

Sarat HamiI Ketika Anak Sulung Baru Berusia 7 Bulan, Instafamous Ini Menangis Kerana Terlalu Penat

 


Ada pasangan suami isteri yang dikurniakan anak walau kahwin tak sampai setahun, ada pula yang dah berkahwin lebih 30 tahun still tak dapat cahaya mata walaupun sudah cuba ikhtiar pelbagai cara.


Dan bila bercakap pasal kehamiIan ini, ada yang kena alahan teruk sampai berbulan muntah pun ada. Cabaran setiap bakal ibu tidak sama.


Baru-baru ini seorang instafamous Adira Salahudi, ada memuat naik satu posting menceritakan bagaimana kehamiIannya kali ini agak mencabar kerana jarak usia anak pertamanya sangat dekat dengan bayi yang dikandungnya kini.


Adira yang kini sudah memasuki fasa trimester ketiga kehamiIan berdepan kepenatan melampau hingga membuatkannya menangis.

"Adira sebenarnya lately penat yang tak boleh cakap. Sampai ada 1 malam tu Adira menangis sebab penat sangat. Penat bila masuk 3rd trismester ni lain macam kali ni.

"Tengok Arsel pun nak mengalir je air mata ni. Rasa diri ni bersalah sangat sebab tak uruskan anak dengan baik. Lagi lagi Arsel tengah fasa bermanja sekarang ni. Pantang tinggal je menangis. Dengan semua orang dalam rumah ni dia macam tu.

"Sampai tahap I masuk toilet kena buka pintu. Memang pening, nak handle Arsel, handle diri sendiri yang tengah pregnant, handle bisnes. Nak nak production raya!" katanya.

Namun, Adira bersyukur dikelilingi keluarga yang sentiasa menyokongnya dalam setiap perkara.

"Allahu mental jap bila apa yang kita plan tak berjalan seperti yang di plan. Tapi I always remind diri i yang Allah tu sebaik baik perancang! Alhamdulillah everything went well. InsyaAllah!" tambahnya.


Diruangan komen rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan ada juga yang berharap akan dapat merasai pengalaman menjadi seorang ibu.



Untuk rekod, Usahawan itu mendirikan rumah tangga bersama personaliti media sosial juga, Ammar Azizan pada September 2019


Dipetik dari Gempak

Post a Comment

0 Comments