Ticker

6/recent/ticker-posts

Instagram 'Kardashian Kelantan' paling ramai pengikut di Malaysia

 


Mungkin dialah selebriti yang paling banyak terpalit dengan kontroversi, namun selebriti berniqab ini terus gah mengukir namanya selaku selebriti paling ramai pengikut di instagram setakat ini.


Hasil tinjaun dari media tempatan mendapati pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 32, itu memiliki sebanyak 8.6 juta pengikut Instagram.


Jumlah berkenaan sekali gus meletakkan dirinya sebagai selebriti paling berpengaruh dalam Instagram Malaysia seterusnya mengenepikan pemegang tangga pertama terdahulu iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan 8.2 juta pengikut ketika ini.


Catatan tersebut juga membuktikan segala kecaman-kecaman netizen yang kononnya ingin memb0ikot isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu pelbagai kontro.versi seperti peIanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan selipar penunggang agama sebelum ini sekadar sia-sia.


Sebaliknya, segala kekecohan yang berlaku seperti teka-teki tarikh pernikahan, lawatan kerja bulan madu dan Ianggar SOP sebenarnya memanaskan lagi pengaruh dan kuasa media sosial isteri PU Riz itu serta keluarganya. Tidak hairanlah jika sebelum ini mereka pernah digelar Kardashian Kelantan.



Selain Neelofa dan Siti Nurhaliza, selebriti versatil, Zizan Razak juga antara artis tanah air dengan jumlah pengikut yang ramai iaitu 7.8 juta, diikuti Nora Danish (7.3 juta) dan Mira Filzah (7.2 juta).

SUMBER : KOSMO ONLlNE

Post a Comment

0 Comments