Ticker

6/recent/ticker-posts

PoIis Melaka panggil Dato' Awie bantu siasatan dakwaan Ianggar SOP

 


Ketika negara sekarang sedang dian.cam peningkatan mendadak pandemlk C0VID-19, masih terdapat golongan yang acah-acah kebal dan keras kepala mengabaikan pematuhan SOP termasuklah golongan kayangan dan selebriti, tidak terkecuali marhaen sama.


Baru-baru ini viral satu video di laman sosial yang memaparkan penyanyi rock terkenal, Awie yang dilihat menyanyi beramai-ramai dipercayai dalam satu majlis disebuah hotel tanpa pematuhan SOP termasuk tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.


Menurut Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman,Datuk Awie dipanggil polis untuk diambil keterangan susulan dakwaan meIanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Melaka.



"Kesemua yang terbabit dalam kes ini termasuk penganjur program akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan.


"Siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan akan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk sebarang keputusan," katanya melalui kenyataan media.


Mohd Sukri memaklumkan pihaknya menerima laporan pada pukul 12.43 tengah hari, Ahad yang memaklumkan berlaku peIanggaran SOP oleh selebriti itu ketika menjayakan majlis misi kemanusiaan.


Dalam pada itu, polis memohon agar individu yang terbabit dalam majlis tersebut atau mempunyai maklumat berkaitan hadir bagi membantu siasatan.


"PoIis juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kegagalan berbuat demikian akan diambil tindakan," ujarnya.


Difahamkan persembahan itu berlangsung di sebuah hotel di Melaka pada 30 April lalu.


SUMBER : mSTAR ONLlNE

Post a Comment

0 Comments