Ticker

6/recent/ticker-posts

ASTRO Mohon Maaf, Pembekal Satelit Maklumkan Dalam Proses Baik Pulih Perlu Sedikit Masa Lagi Untuk Betulkan Isyarat Satelit Dan Saluran Sepenuhnya

 


Astro menerusi satu kenyataan rasminya di media sosial Facebook menyatakan bahawa pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk membaiki sepenuhnya saluran dan isyarat satelit.


Dalam kenyataan tersebut, Astro menasihatkan kepada para pelanggannya yang terkesan supaya menggunakan perkhidmatan Astro Go dahulu buat masa ini.


Pihaknya juga turut meminta maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh para pelanggannya.


Astro dalam kenyataan ringkas hari ini berkata penyedia kandungan pelbagai platform itu telah memulihkan sebahagian besar saluran yang terjejas, dan ia kini dalam proses memulihkan baki saluran secepat mungkin.


"Pelanggan yang tidak dapat menemukan saluran mereka, boleh terus menonton menerusi 'strim' di Astro GO. Astro memohon maaf terhadap kesulitan yang timbul," menurut kenyataan itu.



Beberapa saluran perkhidmatan televisyen satelit itu telah mengalami gangguan siaran sejak tengah hari tadi.


Astro adalah syarikat penyedia kandungan dan hiburan ternama di Malaysia, yang membekalkan perkhidmatan kepada 5.7 juta kediaman, atau 74 peratus daripada isi rumah televisyen Malaysia.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments