Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen bengang selepas lelaki ini menyuruh isteri contohi peIacur pikat pasangan

 


Baru-baru ini viral di media sosial satu komen dari seorang lelaki yang menyatakan isteri perlu mencontohi peIacor untuk memikat pasangan tular di laman Facebook dan mendapat kecaman sejak semalam.


Rata-rata pengguna laman sosial itu tidak berpuas hati dan bengang dengan kenyataan tidak senonoh lelaki tersebut yang disifatkan merendahkan martabat golongan isteri.


“Jika ada seorang lelaki ataupun suami yang berfikiran begini, pada pendapat saya, ia sesuatu yang sangat kolot dan berperangai ‘bus0k’,” ujar seorang pengguna Facebook bernama Adihaw Araf.

 

“Menyuruh isteri meniru cara peIacor adalah ayat paling tidak senonoh yang saya pernah baca. Ayat tersebut tidak patut keluar dari minda seorang manusia,” ujar seorang lagi netizen.



“Suami perlu keluarkan modal jika mahu isteri nampak cantik. Ini tidak, kerjanya mengadu saja. Serba-serbi tidak kena. Anak-anak pula isteri yang uruskan. Cakap seperti tin kosong,” komen seorang netizen bernama Cahaya Loreza Diyana.

 

“Kepada suami di luar sana, jangan lupa janji manis sebelum nikah. Berk0rbanlah untuk isteri kita. Baik bur0k isteri itu berpunca daripada suami, renung-renungkan ya,” ujar seorang pengguna bernama Prince Izal.


Sumber: Kosmo


Post a Comment

0 Comments