Header Ads

Breaking

Saturday, June 12, 2021

Nourul sekeluarga bakal berhijrah ke luar negara sebab merajuk?

 


Penyanyi Nourul Wahab Depp, 43, sekeluarga bakal berhijrah ke negara kejiranan terdekat pada pertengahan Julai nanti selepas lama berhajat untuk berbuat demikian.


Bagaimanapun, Nourul memaklumkan mereka bukan pulang ke kampung halaman suaminya, Eric Daniel Depp di Perancis seperti yang diteka ramai.


"Kami tak pergi jauh pun tapi nantilah saya kongsi negara mana. Suami memilih untuk berhijrah di negara terdekat dulu kerana ingin meneroka peluang serta tukar angin di tempat baharu pula.


"Buat masa ini, kami masih menunggu permohonan visa diluluskan selain menunggu suntikan vaksin kedua. Kalau semua urusan sudah selesai, insya Allah kami akan berangkat pada sekitar 15 atau 20 Julai nanti.

Hantaran dimuat naik penyanyi, Nourul Wahab Depp, 44, menerusi laman Instagram (IG) mengenai hasrat untuk berhijrah ke luar negara pada bulan lalu nyata mengejutkan ramai pihak terutama peminat.


Mana tidaknya, tanpa angin, tanpa ribut tiba-tiba penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Kerana Terluka ini mengumumkan berita yang dianggap sebagai keputusan drastik .


Susulan itu, timbul pelbagai spekulasi mengenai hasrat Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab mengaitkan kononnya berbuat demikian disebabkan merajuk dengan individu tertentu termasuk industri hiburan.


Enggan berteka-teki, Nourul berkata, hasrat berpindah ke luar negara sudah lama difikirkan sebelum mendirikan rumah tangga dengan Eric Depp lagi. Cuma, belum ada kekuatan berbuat demikian disebabkan faktor mental dan kewangan.



"Namun, selepas Eric menyatakan keinginan membawa kami sekeluarga berhijrah, saya lantas bersetuju. Jika tiada aral melintang, kami akan berhijrah pada Julai depan. Negara mana? Saya belum bersedia mendedahkannya atas permintaan suami. Tunggulah semua urusan selesai dan tiba masa untuk kami berangkat, akan saya mengumumkan.


"Setakat ini, persiapan sudah 70 peratus. Masih dalam proses mengemas, manakala permohonan mendapatkan visa sudah dibuat. Urusan persekolahan anak-anak di luar negara juga sudah selesai. Kami bersyukur hasrat menempatkan mereka di sekolah pilihan tercapai.


"Jujurnya, saya takut berdepan dengan situasi baharu ini. Jadi, persiapan dari psikologi sangat perlu. Anak-anak pula teruja mahu pergi ke tempat baharu," katanya kepada BH Online.


Mengulas dakwaan penghijrahan dibuat disebabkan merajuk dengan industri hiburan, Nourul berkata, sepatutnya isu berkenaan timbul sejak 2010 lagi jika merajuk dengan industri.


"Waktu itu, saya memang merajuk. Seperti dikatakan, hasrat berhijrah disuarakan Eric. Suami merancang berhijrah ke luar negara pada usia 55 tahun. Pada usia itu, agak mudah untuk mendapatkan visa.


"Secara kebetulan, kami mahu mencari pengalaman baharu. Dari sudut kewangan dan pekerjaan sudah stabil, jadi kami teruskan niat ini. Memandangkan, kami menjalankan perniagaan secara atas talian, jadi tidak timbul masalah untuk menguruskan bisnes di mana juga berada," katanya.

Nourul Wahab Depp terpaksa berjauhan dengan anak sulung, Ayu Nazirah yang menguruskan perniagaannya di Kuala Lumpur. - Foto IG Nourul Wahab Depp

Nourul berkata, dia akan berjauhan dengan anak sulung, Ayu Nazirah. Namun, berdasarkan persetujuan dibuat, Ayu akan berulang-alik.


"Sebulan bersama kami, sebulan bersama bapanya, Ajai di Kuala Lumpur. Jadi, soal rindu tidak timbul kerana Ayu juga rakan kongsi perniagaan, jadi kami akan sentiasa berurusan.


"Saya tidak risau kerana Ayu akan menetap dengan seorang kakitangan yang dianggap seperti keluarga di Kuala Lumpur.


"Walaupun jauh di rantau orang, tidak bermakna saya mahu lupakan terus bidang nyanyian. Saya tetap akan menyanyi," katanya.


Menjawab pertanyaan adakah berkemungkinan menetap dan memohon kerakyatan tetap, Nourul berkata, mana mungkin melupakan negara tercinta.


"Saya tidak terfikir sampai tahap mahu menukar kerakyatan. Malaysia tetap di hati. Saya anak Malaysia, saudara mara juga ramai di sini.


"Saya berhijrah kerana mahu mencari pengalaman. Walaupun ada ketikanya saya terkilan dengan sikap netizen yang tidak henti mengecam hanya kerana saya belum bertudung, namun itu semua belum mampu membuatkan saya membawa diri untuk meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya," katanya.

Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.