Ticker

6/recent/ticker-posts

Program Perantisan PERKESO : Bantuan RM 800 kepada individu yang belum bekerja

 


program yang dikenali sebagai PERANTISAN ini ialah terbuka kepada golongan belia yang belum bekerja untuk memohon Program Perantisan PERKESO yang telah dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).


Setelah menerima maklum balas daripada pihak industri, program ini telah ditambah baik. Oleh itu, Program Perantisan PERKESO yang dibawah PenjanaKerjaya 2.0 ini adalah lebih baik daripada program sebelumnya.


Sebagai contoh, Program Perantisan telah memanjangkan tempoh sehingga 6 bulan untuk memastikan golongan belia mendapat latihan yang mencukupi.

 

Program Perantisan PERKESO di bawah PenjanaKerjaya 2.0 sebelum ini menawarkan insentif sebanyak RM1,000 sebulan bagi tempoh 3 bulan sahaja.


Jumlah Bantuan


Kepada permohonan baharu, tempoh latihan akan diberikan sehingga 6 bulan. Manakala insentif yang bakal diterima ialah sebanyak RM 800



 

Tarikh Permohonan


Permohonan sudah dibuka bermula

1 April lalu

Syarat-Syarat Yang Diperlukan


1) Syarat Majikan

Majikan hanya menggajikan graduan atau lepasan sekolah di antara 18-30 tahun sahaja.

Majikan boleh menggajikan mana-mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh badan-badan yang berkelayakan.

Setiap perantis yang tersenarai hanya boleh ikuti 1 kursus sahaja.

Selain itu, majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatkan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan.

2) Syarat Perantis

Calon adalah seorang dari kalangan lepasan sekolah atau

Graduan yang masih menganggur


 

Tidak Layak Memohon


Anda tidak layak memohon sekiranya : 

Syarikat yang mengambil pelajar Internship

Bukan warganegara Malaysia

Pelajar yang belum tamat pengajian


Cara Permohonan


1. Untuk Majikan

Daftar dan iklankan kekosangan pekerjaan di portal rasmi pengambilan perantis

https://www.myfuturejobs.gov.my

Buat permohonan insentif di laman sesawang 

https://www.perkeso.gov.my

2. Perantis / Pemohon 

Memohon pekerjaan di bawah program pengambilan perantis 

https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/

Maklumat Lanjut Dam Pertanyaan


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan program di atas, anda boleh hubungi di talian

1-300-22-8000


Sumber : kerjasemasa

Post a Comment

0 Comments