Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Isteri PJJ Didakwa Curang Dan Tinggal Serumah Dengan Lelaki Lain, Suami Bengang Nekad Cabut Atap Rumah Lepas Cerai Kerana Harta Sepencarian

 


Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki membuat satu perkara yang jarang dibuat orang selepas bercerai iaitu mencabut semua kayu rumahnya. Laporan dari JTV Madium mengatakan lelaki itu yang dikenali sebagai Agus Purwanto menerima khabar yang kurang senang dari isterinya yang baru pulang dari Hong Kong selepas 10 tahun menjalani kehidupan PJJ (pasangan jarak jauh).

Dikatakan Agus mengetahui isterinya itu bermain kayu tiga dibelakangnya selama ini.Sekembalinya ke Indonesia, AT tidak pulang ke rumah untuk bertemu dengan suami, sebaliknya dia mengambil keputusan untuk menetap bersama lelaki lain yang merupakan warga setempat di sana. AT juga didakwa mahu ‘dilepaskan’ sebagai isteri disebabkan telah menjalani kehidupan yang selesa dengan lelaki itu.


Sebaik sahaja disahkan bercerai, mereka berdua menemui kata sepakat tentang bagaimana hendak membahagikan harta sepencarian sepanjang berkahwin selama 10 tahun.

“Agus cuma mahukan kayu yang menjadi atap rumah kelamin mereka kerana itu adalah milik orang tuanya.


“Jadi, kerja-kerja mencabut atap dijalankan di rumah tersebut tanpa diganggu bangunannya kerana tapak tanah milik ibu bapa Anjar,” kata Setiausaha Desa Carangrejo, Juweni.\

Tambah Juweni, dia tidak pasti apakah alasan sebenar pasangan itu bercerai namun menurutunya, Agus adalah suami yang baik malah menjaga kebajikan bapa mentuanya ketika Anjar bekerja di luar negara.



“Pihak pentadbiran desa cuma laksanakan tugasan yang diamanahkan iaitu mencabut atap rumah seperti yang dipersetujui.



“Hal-hal lain, kami tidak mahu masuk campur lagipun mereka berpisah dengan cara baik,” ujar Juweni lagi. – Agensi

Post a Comment

0 Comments