Ticker

6/recent/ticker-posts

Tauke nafi dialah pelawak 'bapa ayam' yang kantoi ditahan poIis

 


Siang tadi heboh di media sosial apabila seorang pelawak terkenal dikatakan telah ditahan pihak berkuasa kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdaagangan orang bagi tujuan eksploiitasi seeks, dalam serrbuan di sebuah hotel di Kuala Pilah, kelmarin

Menerusi laporan terkini dari portal harian metro, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menegaskan, dia tiada kaitan dengan penangkapan yang dibuat. 


"Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. GiIalah siapa yang petik nama saya itu. 


"Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. 


"Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian," katanya lagi.



Menurut Tauke, biarpun namanya antara yang 'dipetik' netizen namun dia tidak marah sebaliknya menganggap ia sesuatu yang lucu. 


"Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini. 


"Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini. 


"Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini," katanya. 



Sementara itu, isterinya, Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan jenaayah terbabit, sebaliknya berada disisinya ketika ini.


Terdahulu, pengamal media sosial melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdaagangan manusia bagi tujuan eksploiitasi seeks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.


Dalam serbuan pada jam10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi maangsa pemerdagangan orang.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments