Ticker

6/recent/ticker-posts

Zulin Aziz dikecam netizen kerana persoal saman RM200,000 Siti Nordiana

 


Kontroversi melibatkan Siti Nordiana dan lima individu yang disaman masih lagi hangat.Penyanyi itu dikatakan akan menyaman sebanyak RM200,000 setiap seorang.


Tindakan dari Nana itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang menyokong dan ada yang berkecuali. Namun apabila pelakon Zulin Aziz mempersoalkan nilai saman tersebut yang dituntut oleh Nana telah menyebabkan Zulin Aziz dikecam netizen.


Menerusi komen yang ditingggalkan pada hantaran dimuat naik Nana dalam Instagram, kenyataan Zulin menimbulkan pelbagai reaksi netizen selain menyifatkan dia cemburu dengan tindakan saman tersebut.


“Hmmm, nak buat apa RM200,000 tu. Dapat ke ubati hati yang terlIuka,” tulis Zulin pada ruangan komen.


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Zulin mengeluarkan komen sedemikian yang disifatkan tidak matang dan hanya sekadar mahu meraih publisiti.


“Dengki ke tu? Nak kak Nana saman awak juga ke?” soal netizen membalas komen yang ditulis Zulin.


Pada masa sama, terdapat segelintir netizen cuba menerangkan kepada Zulin tentang nilai saman yang dituntut Nana.


“Pengajaran untuk mereka ini. Dah berusia kan semua, tak kan nak jadi mak cik pak cik bawang mengata kawan sendiri.


“Berjuta saman pun tetap tidak dapat ubat hati, tapi bagi pengajaran itu pasti,” tulis netizen.


Terdahulu, nama penyanyi dan pelakon drama Dia Semanis Honey itu dipetik dan didakwa menjadi penyebab karier penyanyi Syura dan Lan Solo terjejas.



Pendedahan yang dikongsi isteri Lan, Sheila Razlan mencetuskan tanda tanya ramai. Sheila bahkan memaklumkan dia dan suami tidak lagi mengikuti pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran itu dalam Instagram.


Sheila menerusi InstaLive berkata, tindakan itu dibuat kerana terkejut apabila Nana mendakwa Lan mahu menumpang populariti dan tidak membayar duit makanan sekiranya mereka keluar bersama.


Syura turut meluahkan rasa terkilan apabila sesetengah pihak produksi enggan menawarkan pekerjaan kepadanya dan perkara tersebut dipercayai berpunca daripada ‘mulut’ sahabat baiknya iaitu Nana.


Sumber  – Kosmo! ONLINE


Post a Comment

0 Comments