Ticker

6/recent/ticker-posts

Nak Jadi Ibu Baru Jebat? Kena Lalu Saya Dulu.., kata Noor Nabila

 


Baru-baru ini, anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad menyambut hari kelahirannya yang ke-3 tahun, seperti ibubapa lain, Sharnaaz Ahmad turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan buat Jebat Jayden.


Ucapan dari pelakon terkenal terbabit telah menarik perhatian bekas isterinya iaitu Noor Nabila yang turut meninggalkan komen yang mencuit hati ramai netizen.

Dalam ruangan komen, kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa itu memuji bekas suaminya yang berjaya menjadi seorang bapa penyayang terhadap Jebat.


“Terima kasih baba (panggilan Jebat kepada Sharnaaz) kerana telah menjadi bapa yang baik dan penyayang kepada Jebat.


“Dia sangat bertuah kerana mendapat bapa seperti awak,” tulis Nabila.



Paling mencuri perhatian ialah apabila Nabila turut berseloroh supaya mana-mana wanita yang memasang niat untuk menjadi ibu tiri kepada Jebat perlu ditapis olehnya terlebih dahulu.


“Yang nak hantar resume boleh ‘cc’ (sertakan salinan) sini sekali,” seloroh Nabila.


Komen tersebut seterusnya mendapat lebih 1,600 tanda suka dan disambut dengan gelak tawa netizen.


Sementara itu, dalam entri berkenaan, ucapan Sharnaaz turut menyentuh jiwa pengikutnya apabila dia memohon maaf sekiranya tidak menjadi seorang bapa yang baik kepada Jebat.



“Nanti sudah pandai baca, bacalah ya. Baba minta maaf kalau tidak menjadi yang terbaik tetapi akan cuba untuk memenuhi setiap impian Jebat.


“Awak akan membesar tetapi akan sentiasa menjadi Spiderman kecil yang sukakan ayam bakar, tengkorak dan perempuan cantik,” ujar pelakon filem Jebat itu.


Selain ucapan untuk anaknya, dia turut menitipkan selamat ulang tahun kelahiran ke-36 buat dirinya yang turut jatuh pada hari yang sama.


“Selamat hari jadi kepada Jebat dan saya juga.


“Selamanya menjadi nombor satu. Kepada yang mahu jadi mak tiri, bolehlah hantar permohonan kepada Jebat,” katanya lagi.

Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments