Ticker

6/recent/ticker-posts

Dah tak sabar nak kahwin dengan Vida, tapi saya kasihankan Cik B, risau bila dia diamkan diri, kata Iqbal

 


Menurut Iqbal, 27, tindakan Vida atau Hasmiza Othman merahsiakan hubungan istimewa mereka itu boleh mengganggu emosi dua anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Eric Zaquan.


"DSV kena terus-terang beritahu tentang hubungan kita ini... dari awal lagi saya minta dia jujur cerita dekat keluarga sebab saya dah main peranan dan dia juga kena main peranan sebagai ibu. Takkan saya pula nak cakap dengan Cik B!


"Sejak dahulu lagi DSV tak terbuka berkongsi dengan anak-anak mengenai hubungan kami, jadi saya sedikit terkilan sebab dia lebih selesa berahsia... sepatutnya jujur sahaja dengan Cik B tak perlulah sampai kantoi mesej sayang-sayang dulu.


"Saya kasihankan Cik B. Saya faham dia dalam dilema kerana perlukan perhatian ibu kerana pernah melalui sejarah semasa kecil yang berbeza dengan remaja lain sebab itulah saya kena fikirkan perasaan dia juga," katanya


Menerusi laporan sebuah portal berita pada Selasa lalu, jutawan berusia 49 tahun ini memberitahu dia belum mempunyai keberanian untuk berbincang soal perkahwinan tersebut dengan anak-anak, terutama anak perempuannya, Cik B.


Katanya, biarlah anak-anak mengetahui perkara ini melalui media terlebih dahulu sebelum dia menjelaskan mengenai niatnya ingin berkahwin itu.

Sementara itu, Iqbal memberitahu dia dan kedua-dua anak Vida masih mempunyai hubungan yang baik dan sering berhubung bertanya khabar meskipun mereka jarang bertemu.


Iqbal bagaimanapun mendedahkan sejak kebelakangan ini, Cik B mula menunjukkan perubahan sikap dan kurang bercakap selepas gosip cinta ibunya tular di media sosial.

"Secara peribadi saya dengan Cik B memang baik, tiada sebarang masalah sejak dulu lagi cuma kebelakangan ini saya nampak dia banyak mendiamkan diri.


"Kalau dahulu timbul gosip tentang saya dengan ibunya, dia akan marah tapi kali ini dia diam sahaja. Bila dia terlalu diam pun saya takut juga... saya risau kalau dia bosan atau tawar hati mendengar gosip ini.


"Sebelum ini saya ada mesej dia tapi dia tak balas. Saya dah bincang dengan DSV... katanya Cik B perlukan sedikit masa. Sejujurnya ini salah satu perkara yang saya risau, penerimaan anak-anak DSV terhadap saya," ujarnya.


Ditanya mengenai majlis perkahwinan yang dijangka berlangsung pada Disember depan, Iqbal memberitahu mereka akan berkongsi perkembangan lanjut tidak lama lagi.


"Dalam perbincangan lagi, kita dah ada beberapa tarikh pada Disember depan, semua dah dibincangkan termasuklah tema perkahwinan, lokasi dan sebagainya.


"Cumanya terlalu awal untuk berkongsi mengenai perkara itu kerana perlu selesaikan beberapa hal termasuk perlu menjaga hati pihak keluarga.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments