Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak dapat menahan sebak, DSV menangis.. perkahwinan tak direstui anak?

 


Kisah percintaan antara jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida bersama dengan bekas pembantu peribadinya kini bukan lagi rahsia. Terbaru dikatakan pasangan sama cantik sama padan ini bakal bernikah pada bulan disember nanti.


Memetik laporan dari rotikaya, semalam Vida ada membuat IG Live memohon doa dari semua netizen agar anak perempuannya, Cik B dilembutkan hati untuk menerima segala keputusan.


“Cik B perlukan masa, you guys boleh tolong tak, minta tolong doa. Doa saya ni ibu memang lah In Shaa Allah makbul tapi nak makbul cepat supaya lembut hati Cik B dalam semua urusan,” katanya.


Menerusi IG Live itu, Vida dilihat mengalirkan air mata dan sebak apabila bercakap mengenai Cik B yang sentiasa mahukan yang terbaik buat anaknya itu.


Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meminta agar diberi masa kepada Cik B. Kata netizen lagi, Cik B sentiasa menyokong ibunya namun bimbang jika dikecewakan lagi.

Berikut adalah beberapa respon dari netizen yang sempat diambil.






Terdahulu, Vida berkata dia belum mempunyai keberanian untuk berbincang mengenai hal perkahwinannya dengan anak-anak terutamanya dengan Cik B.

Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments