Ticker

6/recent/ticker-posts

Aura Kekasih Hati Mr Bodyguard tetap luar biasa dihati netizen

 


Drama bersiri popular Kekasih Hati Mr Bodyguard gandingan Redza Rosli dan Sharifah Rose kini sedang rancak ditayangkan menerusi slot Lestary TV3.


Drama terbitan Creative Skill Solution yang diinspirasi dari novel karya Ateen Khalid ini ternyata menerima sambutan luar biasa apabila kebanyakan episod yang ditayangkan ketika Mei lalu berjaya mencatat empat 4 juta tontonan.

Walaupun siaran baki episodnya terpaksa ditunda akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 1 Jun lalu, penantian lama jutaan peminat drama ini dibalas dengan berita baik apabila ia diteruskan dengan 13 episod lagi sejurus tamat bahagian pertama yang bersiaran dari 10 September hingga 15 Oktober lalu.



Justeru, sekuel Kekasih Hati Mr Bodyguard (13 episod) sudah bermula pada 16 Oktober lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Nini Yusof berkata, mereka gembira drama ini kembali menemui penonton.


"Ia diteruskan dengan kesinambungan jalan cerita yang lebih dramatik dan suspen dalam menguji keutuhan cinta antara watak Aralyn lakonan Sharifah Rose dan Hadif yang dibawakan Redza.



"Drama ini bukan saja mendapat sambutan hebat ketika setiap episod siaran di TV, malah ia juga meraih perhatian tinggi di laman media sosial dan juga di perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar Malaysia yang turut mempersembahkan karya hebat ini," katanya.


Skrip Kekasih Hati Mr Bodyguard adalah nukilan Nieza Nahar dan Hayati Ahmad dan diarahkan oleh Emi Suffian.


Selain Redza dan Sharifah, ia turut dibintangi Ungku Hariz, Syafnida Shuhaimi, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments