Ticker

6/recent/ticker-posts

Takut hingga boleh menangis bersendirian, Scha Elinnea alami kemurungan teruk

 


Pelakon Scha Elinnea mengakui mengalami gangguan mental kronik sehingga perlu berjumpa pakar psikiatri setiap minggu sejak Jun lalu.


Scha, 22, atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Natasha Mohamed Mubeen berkata, masalah itu berpunca disebabkan kemurungan teruk yang dialami.


"Ikutkan memang sudah lama sebenarnya saya berdepan dengan masalah ini. Mungkin juga ditambah dengan situasi semasa pandemiik C0vid-19 membuatkan saya banyak berfikir yang bukan-bukan.


"Cuma selama ini ia masih boleh dianggap terkawal. Hanya kebelakangan ini, ia menjadi agak teruk. Nak tidur pun boleh jadi sukar.



"Saya sampai tahap rasa takut dan cemas apabila berjumpa ramai orang. Malah lebih membimbangkan, kalau saya duduk seorang diri, perasaan bimbang itu menjadi-jadi. Takut hingga boleh menangis bersendirian," katanya.

Scha juga pelakon drama Sitik Tok yang ditayangkan di TV3 berkata, dia perlu mengambil ubat yang disarankan doktor mengikut tetapan masa setiap hari.


"Ubat memang tak boleh tinggal. Jika tidak perkara sebaliknya akan terjadi. Doktor pun pesan, kena makan ubat sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang perkara tak diingini berlaku," katanya.



Scha juga mengakui terpaksa merahsiakan penyakiit dialami itu selama ini.


"Saya cuba nampak kuat walaupun hakikatnya berpeerang dengan kesakiitan dalaman. Lama-kelamaan saya rasa tak boleh simpan dan pendam lagi. Saya harus jujur dan maklumkan masalah ini. Bagaimanapun pendedahan ini bukan untuk membebankan sesiapa," katanya.

Sumber asal : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments