Ticker

6/recent/ticker-posts

Dini Schatzmann menangis Janna Nick bagi hadiah hari lahir berharga RM23000

 


Baru-baru ini selebriti popular tanah air, Janna Nick ada memuat naik satu video di media sosialnya memaparkan kekasih hati tercinta, Dini Schatzmann tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata apabila menerima hadiah istimewa sempena hari jadinya.


Menerusi laporan dari portal hiburan rotikaya, Dini dilihat pada mulanya tidak percaya hadiah pertama diterima merupakan sebuah kamera.




Selepas itu, Dini seakan terkejut dan tidak dapat menahan sebak sehingga menangis apabila Janna memberitahu hadiah sebenarnya adalah sebuah kamera berspefikasi tinggi bersama lensa zoom bernilai RM23,133, namun masih belum sampai lagi.


Malah, dalam satu resit dilampirkan Janna, dia turut membeli sebuah lagi lensa bernilai RM3,499 yang ditempah, menjadikan harga hadiah tersebut lebih RM26,000.




Perkongsian Janna itu mendapat pelbagai reaksi pengikutnya yang turut sebak melihat video tersebut. Malah, ramai mengatakan Dini saangat bertuah memiliki kekasih yang romantis.


Sumber asal : ROTIKAYA





Post a Comment

0 Comments