Ticker

6/recent/ticker-posts

Bapa empat anak menyesal terlalu manjakan anak, kini Iumpuh dan ditinggalkan anak di rumah kebajikan

 


Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanyalah untuk tujuan hiasan semata-mata.

Kisah yang anda baca ini dilaporkan berlaku pada 2019 dan admin kongsikan kembali untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua.. Semoga kita tidak menjadi anak derhaka dan mengenang setiap pengorbanan orang tua ketika kita masih kecil.


Seorang bekas angkatan tentera yang namanya admin rahsiakan dan ketia itu berusia 46 tahun berkata, tiga anak lelaki dan seorang perempuan berubah sikap selepas dirinya Iumpuh separuh badan akibat strok, dua tahun lalu.


Menurutnya, dia berhenti kerja awal selepas 10 tahun berkhidmat dalam Rejimen Artileri dan membesarkan anak dengan hasil menoreh getah di sebuah tanah rancangan Felda .



"Isteri meninggal dunia beberapa tahun lalu dan saya mula tidak berapa sihat selain ada lelah serta darah tinggi sebelum diseerang strok hingga Iumpuh separuh badan.


"Saya menyesal terlalu manjakan anak-anak sampaikan duit hantaran kahwin RM10,000 pun saya beri tapi bila minta tolong hantar pergi klinik, anak tak diendahkan dengan alasan isteri tak bagi.


"Kereta, motosikal dan duit pun saya beri walaupun dulu hidup tak senang mana tapi bila saya Iumpuh, anak-anak dah jadi lain," katanya.


Awang berkata, dia pernah tinggal di rumah salah seorang anak sebelum dibawa ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk rawatan sakiit strok.


Namun tanpa Awang menyangka rupa-rupanya dia ditinggalkan sendirian hampir setahun di hospital berkenaan.


"Anak-anak tak jenguk pun, semua hospital buat hingga puasa dan raya tahun lepas pun mereka tak ada datang.


"April baru ini saya dibawa ke sini dan sekarang memang tak ada hati langsung atau sayang ke anak-anak.


"Kalau saya mati pun, tak perlu beritahu mereka kerana saya tak mahu ingat mereka lagi," katanya.

Terkesan dengan peristiwa ini, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap Awang malah turut berasa kecewa dan hampa terhadap segelintir anak-anak yang tidak berjasa kepada kedua-dua ibu bapa serta sanggup meletakkan mereka di rumah kebajikan tanpa alasan yang kukuh.





Sumber asal : Sinar Harian


Post a Comment

0 Comments