Ticker

6/recent/ticker-posts

Sajat luah rasa terharu sokongan kedutaan Australia, tunjuk rumah baru kepada peminat setianya

 


Seperti yang kita sedia maklum, Australia kini menjadi destinasi terbaru usahawan kosmetik terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat selepas dia berpindah dari Thailand.


Dia yang kini dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia telah berkongsikan di ig live dia semalam berkongsikan gambar rumah baharunya di Canterbury, Australia.


Menerusi laporan dari harian metro,  dia menyatakan rasa terharu kerana pihak berkuasa Australia banyak memberi sokongan terhadapnya daripada pelbagai aspek termasuk mendakwa diberi rumah itu.


"Saya sekarang berada di Australia, tak nak pandang belakang dah. Saya sekarang sedang menjalani kuarantin, tak sabar nak habis dua minggu nanti nak pergi jalan-jalan.


"Dekat sini, saya dikelilingi orang yang mengambil berat tentang diri saya dan temui kebahagiaan dekat sini. Pihak berkuasa Australia banyak sokong saya macam hantar pergi kelas tambahan, perbaiki skil bisnes dan kelas bahasa Inggeris serta beri rumah," katanya.

Malah secara berseloroh dalam perkongsian itu ketika menonton rancangan televisyen berkaitan kambing dan lembu dipercayai di dalam bilik hotel di mana dia menjalani kuarantin, Nur Sajat mengakui seronok jika menjalankan perniagaan membela haiwan itu di Australia.

"Bestnya tak sabar nak habis kuarantin nak hempas-hempas," katanya.

Harian Metro menerusi laporan eksklusif sebelum ini melaporkan, Muhammad Sajjad ditahan Imigresen Thailand pada 6 petang 8 September lalu, kerana memiliki pasport tidak sah.


Usahawan kosmetik itu kemudian dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara itu.

Dia didakwa di mhkamah Thailand pada 9 September, bagaimanapun dibebaskan keesokannya dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan selain diarah melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari.


Ketika berada di Thailand, dia menjadi pemegang kad pelarian Suruhanjaya PeIarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dan mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas dicari pihak berkuasa Malaysia.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments