Ticker

6/recent/ticker-posts

Ebit Lew tak kisah dihina manusia yang ingin lihat dirinya jatuh

 


Ebit Lew akui tidak kisah dengan hinaan daripada makhluk terutama manusia yang ingin menghaancurkan dirinya.


Ebit Lew percaya hanya ALLAH sahaja yang berkuasa dan menentukan segalanya jika mahu dirinya terpelihara.


“ALLAH Maha Kuasa. Makhluk langsung tiada kuasa. Berkumpul segala kekuatan makhluk nak hancurkan, binasakan, menghiina seseorang. ALLAH nak pelihara pasti terpelihara.


“Tiada yang berkuasa selain ALLAH. Tiada yang boleh beri hidup dan mati selain ALLAH. Tiada boleh beri kemuliaan atau kehiinaan melainkan ALLAH. Laailaha ilallah,” katanya.



Pendakwah bebas itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kemas kini yang sama beliau memuat naik sedikit rakaman videonya ketika ini yang sedang bercuti di Switzerland bersama keluarga.


Pada 19 Ogos lalu, Ebit dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video ganggguan sksuaI dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.


Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kjam ke atas dirinya.


Pada awal Oktober, Ebit dan isterinya sekali lagi dipanggil polis untuk membantu siasatan membabitkan kes sama.

Artikel asal dari sinar harian

Post a Comment

0 Comments