Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen naik menyampah dengan kisah cinta 'dongeng' Vida dan bekas pembantunya

 


Siapa saja yang tidak pernah terbaca atau terdengar mengenai desas-desus anak muda berjiwa besar, Iqbal yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan bekas bossnya iaitu Datuk Seri Vida sebagai isteri.


Ramai netizen yang terkejut dan dalam masa kagum dengan Iqbal yang nampak begitu bersemangat dan serius dengan Vida.


Tapi selepas beberapa lama kisah mereka nampaknya tidak ubah seperti drama TV petang. Melihat video tular campak-campak duit, kisah drama cinta Iqbal dengan Vida bagaikan sengaja dibesar-besarkan.



Daripada menarik, ada sesetengah daripada kita kini sudah mula jadi menyampah sebab perjalanan kisah 'cinta' mereka bagaikan satu strategi pemasaran digital.


Media sosial dan portal giIa trafik bagaikan diperkuda sehabis-habisnya untuk menyebarkan kisah cinta pasangan ini.


Bak kata orang dalam dunia digital hari ini, Bad news is still good news and sell faster.


Namun, sejak sehari dua ini, laporan tentang pasangan ini semakin melampau. Ada kisah datang rumah jam 3 pagi, ada kisah sihir dan bermacam-macam lagi.





Eloklah rakyat Malaysia move on dan semua media berhenti daripada melaporkan berita-berita yang tidak membina pemikiran seperti ini.


Berita hiburan dan santai memang bagus untuk rilekskan otak, tapi bila dah makin melampau kita pun pula jadi kemurungan.


Berbalik kes Iqbal-Vida, kalau betul niat baik, teruskanlah cara baik. Orang Melayu kaya adat, ada cara nak petik bunga di taman orang.


Kalau tak jadi berhenti sajalah.

Artikel asal : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments