Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya macam Lego pula, mana mungkin saya akan bercinta dengan Vida, kata Shuib

 




Pelawak Shuib Sepahtu menganggap dirinya seperti alat mainan Lego apabila dikaitkan dengan ramai wanita sejak pemergian isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ogos lalu.


Bapa kepada empat cahaya mata itu bagaimanapun enggan melatah kerana mengaku tidak mampu menutup mulut orang atas apa yang berlaku.


Bagaimanapun, Shuib, 36, berharap dirinya tidak diperkatakan berlebihan kerana tidak mampu meramal masa depan.


"Saya tidak boleh tutup mulut orang bercakap pasal saya... Mungkin orang di luar sana mengambil berat.



"Selepas hampir enam bulan Sarah pergi, orang sudah mula beralih kepada cerita kahwin. Saya tidak boleh halang orang daripada bercerita pasal kahwin, tetapi janganlah berlebihan cakap benda yang saya tidak tahu bagaimana (masa depan).


"Kadang-kala rasa diri seperti Lego apabila orang sibuk menjodohkan saya dengan beberapa wanita," katanya kepada BH Online.


Baru-baru ini, tular klip video Siti Nordiana berkunjung ke sebuah butik untuk menempah persalinan hingga peminat membuat spekulasi dan berusaha menjodohkan penyanyi itu dengan Shuib.


Bertanya mengenai perkara itu, Shuib sangat terkejut apabila berita itu tular kerana tidak pernah memiliki nombor telefon Siti Nordiana atau mesra disapa Nana itu.




Shuib juga terkejut dikaitkan dengan adik kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu Hazwani, sedangkan mereka tidak pernah berjumpa.


"Saya sangat terkejut apabila dikaitkan dengan Siti Nordiana. Kami pernah berjumpa dua kali dalam program hiburan. Saya tidak pernah menghubungi atau memiliki nombor telefonnya.


"Mengenai Hazwani pula, saya tidak pernah berjumpanya. Jadi, macam mana pula kami boleh dikaitkan?" katanya.


Baru-baru ini, Shuib mendedahkan sedang mengenali seseorang. Namun, hubungan itu tidak serius. Shuib juga dilaporkan berkata, ibunya sudah memberi lampu hijau dan menyarankan membuka pintu hati mengenali wanita.

Sumber : Berita Harian

Post a Comment

0 Comments