Ticker

6/recent/ticker-posts

Kalau berani, masuklah! Netizen cabar Mas Idayu masuk Gegar Vaganza

 


Berikutan kekecewaan netizen terhadap cara penilaian Mas Idayu dalam episod ke-enam Famili Duo baru-baru ini, ramai yang mendesak agar beliau menyertai program nyanyian terkenal, Gegar Vaganza (GV).


Cadangan ini dikemukakan oleh netizen kerana mereka ingin melihat sejauh mana nyanyian beliau kerana dalam beberapa program realiti sebelum ini, beliau kerap mengutuk peserta.


“Saya cabar Mas Idayu masuk Gegar Vaganza! Kalau berani, masuklah!


“Retweet (ulang kicau) tanda setuju. Like (suka) tanda setuju juga tapi dalam bukan versi retweet,” tulis seorang pengguna Twitter, @NaufalAntezem.


Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari netizen lain yang setuju jika Mas Idayu menyertai GV kerana mereka tidak sabar untuk melihat dia menerima komen dan kritikan dari juri. 


Namun, terdapat juga balasan dari sesetengah netizen yang bergurau dengan situasi jika penyanyi itu benar-benar menyertai GV.


“Risau tak sempat juri nak komen, dia dah komen juri dulu,” balas seorang pengguna.


“Dia masuk Ceria Popstar pun tak lepas minggu kedua,” seloroh netizen lain.


Sementara itu, sejak isu yang melibatkan Mas Idayu tersebar luas, media sosial mula dipenuhi dengan beberapa video lama dari penyanyi itu. 


Salah satunya adalah video ketika dia menjadi juri bagi sesi ujibakat sebuah program realiti beberapa tahun yang lalu. 



Dalam video tersebut, seorang peserta lelaki mengajukan soalan sama ada dia boleh menyanyi dan suaranya sedap. 


Netizen yang memuat naik video tersebut menulis "Throwback" (kenangan dulu) di Twitter. 


Beberapa hari yang lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan kejadian Mas Idayu yang mengkritik cara nyanyian Sissy Iman dan Naim Daniel pada episod ke-enam Famili Duo. 


Kedua-dua penyanyi itu menyampaikan lagu Jampi dalam versi keroncong, namun Mas Idayu tidak menyukai persembahan tersebut dan berpendapat bahawa nyanyian mereka terlalu kasar untuk irama yang digunakan.


Artikel dipetik dari Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments