Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Polis cari pemandu X70 benar budak keluar kepala dari sunroof

 


Pemandu SUV jenis Proton X70 yang membiarkan kanak-kanak kecil mengeluarkan kepala di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), sedang dicari polis .


Video berdurasi 9 saat itu dikongsi oleh pengguna Twitter @nabilahroslan pada pukul 12.15 tengah hari, menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

"Dalam rakaman video itu memaparkan sebuah SUV Proton X70 berwarna merah bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak dengan membenarkannya mengeluarkan kepala melalui sunroof kenderaan berkenaan,"

Menurut Mohamad Fakhrudin, isu itu disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti cuai yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.



"Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Menurut Mohamad Fakhrudin, sesiapa yang menyaksikan kejadian itu termasuk pemilik atau pemandu kenderaan terlibat diminta tampil dan membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.



"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Mejar Mohd Yusof Hamzah di talian 011-23065984 bagi membantu siasatan," katanya.


Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments